Maal hijrah 1430
Azam saye untuk tahun baru hijrah 1430 ini adalah untuk membahagiakan keluarga saya. Apakah azam anda semua?
Mulai hari ini juga saye menanam cita2 baru untuk menjadi consultant SAP system.
Namun begitu, bukannya senang untuk menjadi seorang consultant, apatah lagi untuk sistem seperti SAP ini.
Apa yang saye tau ialah saya perlu mengambil kursus ABAP programming dahulu, kemudian menjalani peperiksaan untuk melayakkan saya mendapat sijil ABAP tersebut.
Bila teringat saat belajar programming di university dahulu, saye teringatkan Wada.
Berjenis2 programming yang telah kami belajar bersama2 di university dahulu, bermula dari C Language, Assembly Language, C++ (Visual Basic), Internet Programming (Java), Matlab, dan bermacam2 lagi. Tapi takde ape yang melekat dalam kepala saye haha...
Wada, kalau ko ingat lagi di kala kita tertungging2, menggigil2 memateri 졸작 dan buat programming di bilik kita dulu yang dah serupa sebuah lab. Tinggal oscilloscope je kita tak beli kan?hehe...Aku tetibe rase seronok pulak blaja programming baru ni wahai Cik Wahida.
Sekarang ni setiap hari rase macam dah nak muntah dengan data, excel dan sebagainye. Sampaikan mimpi pun keluar excel. Cane tu? Nyesal lak time skolah dulu tak blajar excel betul2. Kan dah merangkak2 macam budak kecik. Nasihat saye kepade yang masih belum grad, belajar la excel betul2. Gunakan segala macam function (함수) kat dalam tu. Kalau tak, jadi macam saye ni huhu:(
Kawan2, silalah support cita2 baru saye ini. Jika ibu anda, bapa anda, abang anda, kakak anda, pakcik anda, makcik anda, rakan anda, ataupun jiran anda bekerja di syarikat SAP ini, tolonglah tanyakan bagi pihak saya, bagaimana cara untuk mengambil kursus ABAP programming di Malaysia ini. Kalau kene belajar setahun pun saye sanggup hehe:P
Adakah saye terlalu kuat bekerja lately?
Adakah ini simptom2 awal nak jadi workaholic?
Harap2 tak lah...
p/s: Mata dah ngantuk, tapi kerja tak siap lagi. Kalaula boleh buat kerja dalam mimpi kan bagus:(
Comments
@eman: tq di atas ingatan anda tersebut hehe:)
@aina: SAP itu ialah satu integrated system in a company. ABAP itu pula adalah sejenis programming yg digunakan utk membuat setting dalam sistem SAP itu pula:)